10 TIPS BINA HABIT BARU
Bukan senang
mencipta ‘habit’ baru
melihat realiti tanpa delusi
ia memerlukan usaha yang besar
tetapi, jika kamu konsisten
kamu akan menuai hasilnya…
Motivasi dan kehidupan tidak dapat dipisahkan…Subscribe YouTube lamanpena
https://youtube.com/@lamanpena
Untuk membentuk kebiasaan baru yang baik dalam Bahasa Malaysia, berikut adalah beberapa langkah yang dapat Anda ikuti:
Apa habit baru anda?
Cuba fikir satu habit baru yang anda ingin lakukan.
Sebagai contoh, anda ingin menghabiskan satu buah buku dalam masa satu bulan.
Bermakna anda perlu membaca 12 buah buku dalam masa setahun.
Habit yang hendak dilakukan mestilah realistik dan berdasarkan kemampuan anda.
Jangan membuat habit baru yang susah untuk dicapai seperti menghabiskan sebuah buku dalam masa 2 jam.
Proses pertama adalah menentukan apa habit baru yang anda ingin lakukan.
Terdapat banyak habit dan cuba pilih satu dahulu.
Tetapkan Tujuan yang Jelas
Seperti yang penulis katakan diatas, sesuatu habit perlu realistik dan sesuai dengan kemampuan anda.
Jika tidak, habit baru tersebut susah untuk dilakukan kerana kita merasa terbeban dengan matlamat yang kita hendak capai.
Masa
Pukul berapa yang anda rasakan boleh untuk melakukan habit yang baru?
Tetapkan masa.
Ada yang suka buat sesuatu diawal pagi.
Ada yang suka buat diwaktu malam.
Terpulang kepada anda, tetapi buat jadual dimana anda akan melakukan habit tersebut dan patuhi kepada komitmen tersebut.
Buat ‘Reminder’
Buat nota dalam telefon pintar anda untuk mengingatkan anda tentang habit baru yang perlu anda lakukan hari ini.
Boleh juga menggunakan post it note dan tampal ditempat yang senang anda nampak seperti di meja ataupun di peti sejuk.
Mula sedikit demi sedikit
Ada yang inginkan ‘result’ yang segera.
Maka, dia pun cuba melakukan habit baru sekaligus.
Sebagai contoh, habit baru yang hendak dibentuk adalah melakukan senaman menggunakan 3kg ‘dumbell’ setiap hari selama 10 minit. Oleh kerana inginkan ‘result’ yang cepat, kita angkat 10kg ‘dumbell’.
Tetapi kita mungkin dapat bertahan selama 2 hari sahaja dan terus ‘give up’ kerana sengal-sengal badan.
Buatlah matlamat yang realistik. Konsisten adalah seribu kali ganda lebih baik daripada melakukan sekaligus.
‘Track progress’ anda
Track atau pantau kemajuan anda.
Bagaimana hendak pantau atau track?
Buat satu buku khas untuk rekod habit yang telah anda lakukan.
Catatkan di telefon pintar juga boleh dilakukan jika anda tidak ingin menggunakan buku.
Setiap kali anda melakukan habit tersebut, rekodkan dan lihat semula setelah sebulan ataupun setahun.
Adakah anda anda track yang betul ataupun tidak.
Sokongan rakan-rakan dan keluarga
Carilah circle yang dapat membantu anda melakukan habit tersebut.
” Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi, dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya.”
Cari rakan-rakan yang sentiasa inginkan perubahan positif dan secara tak langsung akan memberikan aura yang positif kepada anda.
Konsisten
Konsistensi adalah kunci untuk membentuk habit baru.
Jangan berhenti ditengah jalan.
Boleh berehat, tetapi jangan sesekali menyerah.
Orang yang konsisten adalah lebih baik daripada orang yang tidak membuat apa-apa.
‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’
Hadiahkan Diri Anda
Untuk memotivasikan diri anda, setalah anda berjaya mengekalkan habit tersebut, berikan diri sendiri hadiah.
Tidak perlu yang mahal, hanya sekadar meraikan kejayaan anda.
Secara tak lansung dapat meningkatkan motivasi dan semangat anda untuk terus melakukan habit tersebut.
Berikan masa
Jangan gelojoh.
Perubahan memerlukan masa.
Bersabarlah dengan diri sendiri dan berikan masa yang cukup untuk diri anda membiasakan dengan habit tersebut.
Semoga dengan tips dan langkah-langkah diatas anda akan berjaya menjadi seorang yang lebih positif dan mempunyai habit yang hebat.
Selamat mencuba !
- Mencipta Versi Terbaik Diri Anda: Langkah Mudah Perubahan Positif
- Bangkit Setelah Kegagalan: Rahsia Kejayaan yang Tidak Ternilai
- Peraturan 1%: Peningkatan Harian Kecil untuk Kejayaan Jangka Panjang
- Mencipta Visi Hidup: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Mencapai Impian Anda
- Kekuatan Fikiran Positif: Ubah Mindset, Ubah Hidup Anda untuk Kejayaan
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri #cinta
MOTIVASI : GEMBIRA ITU TIDAK PERLU MASA YANG SESUAI
2 thoughts on “MOTIVASI : 10 TIPS UNTUK MEMBINA HABIT BARU”