MOTIVASI : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ADA

MOTIVASI : BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ADA

Jangan risau akan nikmat yang belum kau miliki.

Tetapi, risaulah nikmat yang belum kau syukuri…

Motivasi dan kehidupan saling memerlukan. Subscribe YouTube lamanpena.

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ADA

Kesedaran

Penting untuk memiliki kesedaran tentang hal-hal positif dalam hidup anda.

Berhenti sekejap dan perhatikan segala kebaikan yang ada di sekeliling anda.

Bersyukur dengan adanya keluarga yang ambil peduli, kawan-kawan yang mengambil berat tentang kita, kesihatan yang baik dan segala peluang yang diberikan kita.

Sekecil-kecil nikmat adalah sangat berharga dan hargailah mereka yang ada.]

Refleksi diri

Kebiasaannya penulis akan mencari satu masa yang tenang terutamanya pada waktu pagi yang hening untuk merenung kembali nikmat yang telah diberikan.

Boleh juga mengucapkan dengan lisan atau menulis segala nikmat yang diperolehi dalam bentuk jurnal atau diari.

Secara peribadi, penulis lebih berminat untuk menulis jurnal didalam komputer menggunakan aplikasi Evernote kerana kita boleh mengakses kandungan tulisan dimana sahaja asalkan ada capaian internet.

Lagipun, kita tidak perlu menyimpan buku yang perlu disimpan dengan teliti supaya tidak dimakan hari atau anai-anai.

Boleh sahaja menggunakan versi percuma kerana penulisan hanya menggunakan ‘space’ yang sedikit.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada ‘preferance’ setiap individu.

Dalam jurnal tersebut, senaraikan segala nikmat yang kamu peroleh seperti contoh ada tempat berlindung daripada hujan dan panas, mempunyai kerja tetap, majikan yang bertimbang rasa dan dapat menyediakan makanan diatas meja walaupun hanya sebiji telur.

Secara tak lansung, diri akan semakin positif dan mensyukuri segala nikmat yang telah diperolehi sepanjang menghirup nafas di muka bumi ini.

Terima kasih

Ekspresikan rasa terima kasih kepada orang lain dengan ucapan atau tindakan.

Jika seseorang memberikan bantuan atau sokongan kepada anda, berterima kasihlah secara ikhlas.

Luangkan waktu untuk menghargai peranan dan pengaruh positif yang dimiliki oleh orang-orang di sekitar anda.

Boleh sahaja memberikan mereka dengan hadiah. Tak perlu mahal, tapi cukup bermakna bagi mereka.

Ungkapan rasa terima kasih dengan tulus dan ini akan memperkuat hubungan sosial anda serta membangun ikatan yang lebih kuat.

Fokus pada positif

Seringkali kita lebih fokus kepada perkara negatif yang berlaku.

Kita marah apabila sesuatu yang buruk terjadi kepada kita.

Tanpa kita mengetahui bahawa, hal yang terjadi mungkin memberi satu perspektif yang baru dalam kehidupan kita.

Perkara-perkara negatif jadikan satu pengalaman dan pengajaran yang berharga kepada kita.

Setiap keburukan yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Menghadapi cabaran dengan positif

Sikap positif adalah kunci untuk mengatasi cabaran dan kesulitan dalam hidup.

Lihatlah setiap cabaran sebagai peluang untuk belajar dan berkembang.

Hadapi tentangan dengan keberanian dan sikap optimistik.

Dalam setiap kesulitan, terdapat pelajaran dan pengajaran yang berharga yang akan membantu anda menjadi lebih kuat.

Bantu orang lain

Kepuasan apabila dapat membantu orang lain tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Mungkin dengan sebab bantuan kita, mereka mendapat rezeki yang lebih.

Dengan rezeki yang lebih itu, mereka pula membantu orang lain.

Tidakkah pahala yang berpanjangan untuk kita?

Jika hendak melenturkan hati yang keras, bersedekahlah dan bantulah orang lain.

SABAR

Setiap masalah ada jalan penyelesaianya.

Kadangkala, kita tidak sabar apabila diberikan ujian yang bertimpa-timpa.

Ingatlah bahawa Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuanya.

Berlatihlah untuk tetap sabar walaupun dugaan melanda.

Ada ganjaran disebalik kesabaran.

#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri

MOTIVASI : RESEPI UNTUK BAHAGIA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *