Hari-hari aku ada yang baik ada yang tak.
Tapi yang pasti,
There is something good in every day.
Motivasi dan kehidupan saling memerlukan. Subscribe YouTube lamanpena
https://youtube.com/@lamanpena
Dalam mendepani kehidupan yang mendatang. Pastinya kita diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Bagaimana untuk sentiasa melihat kehadapan dan terus bersemangat untuk menempuhinya?
Setiap dari kita mungkin mempunyai cara yang berbeza.
Tetapi langkah dibawah boleh dijadikan panduan untuk terus memandang kehadapan.
Carilah kebahagian untuk diri sendiri tanpa menghiraukan kritikan negatif dari orang lain.
Tetapkan matlamat
Setiap tahun pastinya kita mencoret sesuatu untuk dijadikan matlamat.
Ia sesuatu yang sangat baik kerana ia dapat memberikan arah tujuan untuk kita berpegang.
Akhir tahun, kita akan membuat ‘review’ semula matlamat yang telah dicapai atau ‘in progress’.
Buat perancangan
Pernah dengar teknik PDCA?
P adalah plan, D adalah do, C adalah check dan A adalah act.
Untuk melengkapkan kitaran ini, buatlah perancangan ataupun plan.
Untuk membuat rumah atau bangunan kita memerlukan plan yang lengkap, begitu juga ketika membuat perancangan hidup.
Berfikiran positif
Adalakanya kita selalu memikirkan perkara-perkara negatif yang akan berlaku.
Kita lebih berminat untuk meletakkan sesuatu ke arah yang negatif.
Hindari pemikiran negatif dan fokuskan diri pada hal-hal positif dalam hidup.
Jauhi ‘circle’ yang negatif kerana ia akan memerangkap pemikiran anda ke lembah hitam.
Tanggungjawab
Segala keputusan yang kamu ambil adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kamu.
Kadangkala kita lari dengan tanggungjawab kerana merasa berat untuk diuruskan.
Jangan biarkan keadaan mengawal kamu; sebaliknya, lakukan perubahan yang perlu bagi mencapai kehidupan yang lebih baik.
Jaga diri
Berikan perhatian kepada aspek fizikal, emosi, dan mental.
Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman, menjaga pemakanan yang seimbang dan tidur yang mencukupi.
Hilangkan stress dengan melakukan aktiviti riadah yang mengeluarkan peluh.
Pembelajaran sepanjang hayat
Teruskan untuk belajar dan berkembang dalam bidang yang diminati.
Cari peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kamu melalui kursus jangka pendek, bacaan dan hobi.
Hubungan yang baik
Bina hubungan yang baik dengan keluarga, rakan sekerja, dan rakan-rakan.
Sokong antara satu sama lain dan berikan mereka semangat dikala mereka tengah ‘down’.
Raikan kejayaan kecil
Raikan kejayaan walaupun sekecil-kecil kejayaan.
Pergi restoran atau gerai makan dan makanlah makanan ‘favourite’ kamu.
Atau beli sepotong kek dan raikan kejayaan anda.
Ia dapat memberikan kamu motivasi untuk meneruskan usaha-usaha lain.
Sedia terima cabaran
Kehidupan ini tidak mudah. Penuh dengan cabaran dan dugaan.
Tetapi bersedialah untuk menerima cabaran dan belajar daripadanya.
Gunakan kegagalan sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga.
Orang bijak pandai belajar dari sejarah, pengalaman dan jatuh bangun.
Bersyukur
Amalkan rasa syukur dan hargai segala yang kamu miliki.
Dapat bangun pagi dan bernafas di muka bumi adalah satu anugerah yang sangat berharga.
Syukurlah kita diberi peluang untuk hidup setelah ditidurkan semalaman.
Semoga dengan langkah-langkah ini kamu dapat melihat kehadapan dengan lebih jelas.
Ingat, langkah yang kecil tetapi konsisten adalah lebih baik daripada langkah yang besar tetapi berhenti di tengah jalan.
- Cara Mengatasi Cabaran dalam Kehidupan Seharian | Tips & Panduan untuk Kekal Positif
- 10 Tabiat Harian Terbaik untuk Kehidupan yang Lebih Produktif
- Merayakan Kejayaan Kecil: Mengapa Menghargai Setiap Pencapaian Penting untuk Motivasi
- Cara Membangunkan Rutin Pagi yang Produktif: Mulakan Hari Anda dengan Betul!
- 9 Manfaat Utama Menulis Jurnal Harian: Mengapa Anda Patut Mula Hari Ini!
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri
MOTIVASI : PERKARA KECIL YANG MEMBUATKAN ORANG LAIN BAHAGIA
2 thoughts on “MOTIVASI KEHIDUPAN : HARI YANG BAIK AKAN TIBA”