MOTIVASI : JANGAN BANDINGKAN HIDUP KITA
Aku hidup bukan untuk mencapai ‘expectation engkau.
Dan kau hidup pun bukan untuk ‘impress’ aku.
Garis masa kehidupan aku dan engkau berlainan.
Motivasi dan kehidupan saling berkait. Subscribe YouTube lamanpena.
https://youtube.com/@lamanpena
Seringkali kita membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Kenapa dia bahagia? Kenapa dia mempunyai rumah yang besar? Kenapa kerja dia bagus?
Itulah monolog dalaman diri kita yang sering membandingkan hidup kita dengan orang lain.
Sudah tentu kita juga mempunyai hidup yang baik, cumanya rumput kelihatan lebih hijau jika di padang orang.
Mungkin tips dan langkah-langkah dibawah dapat membantu diri kita supaya tidak membandingkan diri kita dengan orang lain.
Kesedaran diri
Sedarlah bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup yang unik dan berbeza.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Terimalah diri kita seadanya dan cuba perbaiki kekurangan yang ada.
Mengakui bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri dapat membantu kita menerima diri kita sendiri dan menghargai kehidupan kita sendiri.
Tumpukan kepada diri sendiri
Fokus kepada diri sendiri dan matlamat anda.
Buat sasaran dan usahakan untuk mencapai matlamat tersebut.
Jangan hiraukan pandangan dan cemuhan orang lain.
Jika kawan yang lain sudah berjaya, jadikan dia sebagai sumber inspirasi.
Orang yang perlu kamu lawan adalah diri kamu sendiri.
Hargai pencapaian sendiri
Siapa lagi kalau bukan diri sendiri untuk berbangga dengan pencapaian sendiri.
Setelah penat dan lelah berusaha, pastinya kejayaan tersebut perlu dihargai.
Jangan cuba bandingkan pencapaian anda dengan orang lain.
Orang lain belum tentu menghadapi rintangan yang sama dengan kita.
Sedarlah bahawa pencapaian orang lain tidak mengurangkan sedikit pun nilai atau kejayaan kita.
Proud by your achievement and walk with pride.
Jauhi media sosial
Didalam media sosial semua akan menunjukkan sisi yang baik.
Gambaran yang dipaparkan di media sosial adalah selektif.
Mana mungkin kita ingin menunjukkan sisi yang tidak baik didalam media sosial.
Jangan jadikan media sosial sebagai perbandingan, boleh sahaja apa yang dipaparkan adalah palsu dan bertujuan untuk publisiti sahaja.
Fokus kepada diri sendiri dan kurangkanlah masa dengan media sosial.
Tumpukan kepada dunia nyata bukan dunia tipu-tipu.
Bersyukur
Nikmat Tuhan mana yang kau dustakan?
Bersyukurlah dengan segala yang diberikan kepada kita.
Ada tempat untuk berteduh, ada makanan diatas meja dan ada kerja yang boleh memberikan kita gaji.
Amalkan rasa bersyukur dengan nikmat yang ada dan ia akan melatih diri kita supaya tidak membandingkan diri kita dengan orang lain.
Rezeki itu datang dengan pelbagai bentuk.
Cari ilmu
Sentiasa dahagakan ilmu dan bidang baru.
Kehidupan adalah long life learning.
Fokus kepada pembangunan diri dan cuba menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi.
Jika anda seorang doktor, jadilah seorang doktor yang hebat dan pakar dalam bidang anda.
Empati
Setiap orang mempunyai perjalan hidup masing-masing.
Berbicara dengan orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza dapat membantu kita menghargai kepelbagaian dan memahami bahawa setiap orang mempunyai perjalanan unik mereka sendiri.
Jatuh, bangun dan pengalaman mereka jadikan pengajaran dan pedoman hidup.
Dari situ ketahuilah bahawa bukan semua orang itu berjaya kerana nasib dan takdir.
Mereka juga seperti kita yang berusaha untuk maju kehadapan.
Semoga dengan tips diatas kita akan terus menghargai diri kita dan memahami tujuan kita hidup di muka bumi ini.
- Cara Mengatasi Cabaran dalam Kehidupan Seharian | Tips & Panduan untuk Kekal Positif
- 10 Tabiat Harian Terbaik untuk Kehidupan yang Lebih Produktif
- Merayakan Kejayaan Kecil: Mengapa Menghargai Setiap Pencapaian Penting untuk Motivasi
- Cara Membangunkan Rutin Pagi yang Produktif: Mulakan Hari Anda dengan Betul!
- 9 Manfaat Utama Menulis Jurnal Harian: Mengapa Anda Patut Mula Hari Ini!
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri
MOTIVASI : BERHENTI BANDINGKAN DIRI KITA DENGEN ORANG LAIN