Kehidupan perlu diteruskan
Manusia boleh berubah
Perasaan akan hilang
Perancangan akan musnah
Memori akan kekal
Tetapi hidup tetap perlu diteruskan.
Motivasi dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Subscribe YouTube lamanpena.
https://www.youtube.com/@lamanpena
Teruskan kehidupan anda dengan langkah-langkah dibawah
Terima dan hadapi perubahan
Hidup kita sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tiada satu pun insan didalam dunia ini kekal dengan dengan kehidupan dari kita kecil sehingga kita meningkat dewasa. Ada sahaja perubahan besar atau kecil yang berlaku. Terimalah perubahan tersebut dengan berlapang dada dan belajarlah untuk beradaptasi dengan situasi baru.
Kekal positif
Didalam setiap situasi pasti ada pengajaran disebaliknya.
Bagaimana kita menerima sesuatu perkara tersebut sama ada baik atau buruk semuanya bergantung kepada kita.
Jika positif penerimaanya, maka kehidupan anda lebih bermakna dan bahagia.
Terus maju ke hadapan
Teruslah berusaha untuk mencapai tujuan dan matlamat kamu.
Buat satu matlamat di awal tahun dan bergerak ke arah matlamat tersebut.
Biar sedikit tapi konsisten, lebih baik daripada buat sekaligus tetapi hanya sekali.
Kegagalan itu lumrah. Bangkit semula dan jadikan ia sebagai satu pengajaran.
Jaga kesihatan fizikal dan mental
Kesihatan lebih berharga daripada harta benda.
Tanpa kesihatan yang baik kita tidak mampu untuk berkerja.
Tanpa kesihatan yang baik juga kita tidak mampu berfikir secara baik.
Makan makanan yang berkhasiat, berhenti sebelum kenyang dan lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti berjogging, bersenam dan berlari.
Belajar dari pengalaman
Setiap pengalaman dalam hidup membawa pengajaran yang berharga.
Belajarlah dari kesalahan dan kegagalan.
Jangan biarkan kegagalan mematahkan semangat anda.
Kejayaan itu tidak datang bergolek.
Bersyukur
Hargai apa yang anda miliki dan bersyukurlah walaupun sekecil-kecil perkara.
Dapat bangun dari tidur dan diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini adalah satu nikmat
Mempunyai tempat berteduh dan dapat menyediakan makanan diatas meja adalah satu nikmat.
Syukur, masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan.
Cari sokongan
Jangan takut untuk meminta bantuan dan sokongan dari keluarga, teman, atau ahli yang lebih profesional jika diperlukan.
Kadangkala kita perlu tempat untuk meluah apa yang terbuku dan terpendam didalam hati.
Hati dan fikiran akan terasa lebih tenang dan beban yang ditanggung dapat dilepaskan.
Keseimbangan
Cari keseimbangan antara pekerjaan, keluarga, dan hal peribadi.
Jangan campur adukkan urusan kerja dan urusan peribadi.
Cari waktu untuk diri sendiri dan lakukan aktiviti yang ada suka.
Orang putih cakap me time.
Nikmati perjalanan kehidupan
Kehidupan ini adalah satu proses.
Nikmati setiap saat dan momen yang ada.
Masa tidak akan kembali semula.
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Jangan terlalu fokus kepada pengakhiran, tetapi fokuslah kepada perjalanan kehidupan yang anda hadapi sekarang.
Hargai hari-hari yang ada.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk terus maju kehadapan dan mempunyai semangat yang kuat.
Anda seorang yang kuat dan penulis pasti anda akan berjaya satu hari nanti.
Kehidupan perlu diteruskan.
- Cara Mengatasi Cabaran dalam Kehidupan Seharian | Tips & Panduan untuk Kekal Positif
- 10 Tabiat Harian Terbaik untuk Kehidupan yang Lebih Produktif
- Merayakan Kejayaan Kecil: Mengapa Menghargai Setiap Pencapaian Penting untuk Motivasi
- Cara Membangunkan Rutin Pagi yang Produktif: Mulakan Hari Anda dengan Betul!
- 9 Manfaat Utama Menulis Jurnal Harian: Mengapa Anda Patut Mula Hari Ini!
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri #cinta
MOTIVASI : LUPAKAN KERISAUAN KAMU
MOTIVASI : HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG