MOTIVASI : 8 CARA MENGURANGKAN KERISAUAN & KEBIMBANGAN
Lupakan apa yang kamu runsingkan.
Hela nafas yang panjang.
Positifkan diri.
Ia akan berlalu pergi.
Motivasi dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Subscribe YouTube lamanpena.
https://youtube.com/@lamanpena
Kerisauan dan runsing tentang sesuatu perkara adakalanya baik untuk membuatkan kita ‘alert’ dengan situasi semasa.
Ia juga adalah sifat semulajadi manusia.
Tetapi apabila kerisauan itu terlalu difikirkan, ia akan menjadi masalah dan beban kepada kita.
Jom ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengurangkan kerisauan anda.
Kenal pasti dan cabar kebimbangan anda
Mula dengan mengenal pasti pemikiran atau situasi tertentu yang menyebabkan kebimbangan dan kerisauan anda.
Kemudian, cabar pemikiran tersebut dengan bertanya kepada diri sendiri sama ada ia berdasarkan fakta atau sekadar dilebih-lebihkan.
Cari bukti dan fakta untuk menyokong atau menolak kebimbangan anda.
Amalkan kesedaran diri
Amalkan teknik kesedaran diri seperti pernafasan dalaman dan meditasi.
Bernafas dengan betul ketika bimbang dapat membuatkan kita lebih tenang.
Kawalan
Cuba ‘take control’ apa yang ada dalam jangkauan anda.
Fokuskan usaha anda pada perkara-perkara yang boleh anda kendalikan.
Bahagikan tugas-tugas yang mendebarkan kepada langkah-langkah kecil dan boleh diuruskan.
Kawalan ini secara tak lansung dapat mengurangkan kerisauan anda.
Hadkan penglibatan
Jika situasi atau orang tertentu secara konsisten menaikkan kebimbangan anda, cuba hadkan penglibatan anda terhadap mereka jika boleh.
Cuba cari kawasan yang tenang dimana anda dapat berfikir secara rasional.
Cari sokongan
Berbincang dengan seseorang yang anda percaya tentang kebimbangan anda boleh memberikan kelegaan.
Kongsi kebimbangan anda dengan kawan bai yan boleh dipercayai, ahli keluarga, atau ahli terapi yang boleh menawarkan perspektif, panduan, atau menjadi pendengar yang baik.
Amalkan penjagaan diri
Mengambil berat tentang kesejahteraan fizikal dan emosi anda dapat membantu mengurangkan kebimbangan.
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup, makan makanan seimbang dan melakukan senaman secara berkala.
Cari hobi atau minat yang dapat mengisi masa lapang anda.
Buang rasa negatif
Kebimbangan sering berpunca dari corak pemikiran yang negatif.
Juga apabila kita berada didalam kelompok yang tidak membantu.
Berkawanlah dengan golongan yang mempunyai pemikiran positif.
Secara tak lansung dapat memberi aura positif kepada kita.
Libatkan diri dalam penyelesaian masalah
Daripada memikirkan tentang kerisauan, tumpukan perhatian kepada cara untuk menyelesaikannya.
Pecahkan masalah tersebut kepada point-point kecil.
Cuba ‘tackle’ masalah tersebut sedikit demi sedikit.
Minta bantuan kawan-kawan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Raikan sekecil-kecil kejayaan apabila anda berjaya menyelesaikan masalah yang telah dipecahkan tersebut.
Mengambil langkah proaktif dapat mengurangkan kecemasan dan memberikan rasa kawalan.
Ingatlah, mengurangkan kerisauan memerlukan latihan dan masa.
Bukan semua orang dapat menghilangkan 100% kerisauan didalam diri.
Apapun, fikirkan yang baik-baik dan cuba positifkan diri.
- Cara Mengatasi Cabaran dalam Kehidupan Seharian | Tips & Panduan untuk Kekal Positif
- 10 Tabiat Harian Terbaik untuk Kehidupan yang Lebih Produktif
- Merayakan Kejayaan Kecil: Mengapa Menghargai Setiap Pencapaian Penting untuk Motivasi
- Cara Membangunkan Rutin Pagi yang Produktif: Mulakan Hari Anda dengan Betul!
- 9 Manfaat Utama Menulis Jurnal Harian: Mengapa Anda Patut Mula Hari Ini!
#motivasi pagi #motivasi diri #motivasi kehidupan #motivasi kejayaan #motivasi kerja #motivasi intrinsik #motivasi pelajar #Kata-kata positif untuk diri sendiri #cinta
MOTIVASI : HARI YANG BAIK AKAN TIBA
8 thoughts on “MOTIVASI : 8 CARA MENGURANGKAN KERISAUAN & KEBIMBANGAN”